Wednesday, 10 November 2010

Cinta dan Syaitan

ade la terbaca dari artikel mane ntah dah x ingat tapi nak kongsi dengan semua orang tentang cinta dan syaitan. bile sebut cinta ni, indah jer... ape yang terlintas bila kita fikir pasal cinta, mestilah cinta pada orang yang cantik2, yang lawa, bergaya, x mau lepas mata memandang sebab terpesona dengan kecantikan seseorang. tapi tahukah bahawa cinta sebegitu sebenarnye lahir dari hasutan Syaitan?

ha ade la artikel tu menyebut bahawa Syaitan la yang menaikkan nafsu kita pada benda2 yang cantik2, yang menarik2, yang ade kelas la katakan! emmm...

bile2 fikir2 balik, orang2 yang saye minat selama ni, semua cantik2 belaka... terpesona melihat kecantikan makhluk Allah yang ada pada wanita2 yang saya minat...
tapi saya x sedar bahawa terpesonanya saya ni kerana saye telah tertipu dengan nikmat dunia yang Allah telah berikan... iaitu kecantikan...

bila kita jatuh cinta pada seseorang itu kerana nafsu, belum tentu kebahagiaan rumah tangga itu akan kekal... tetapi jika kita jatuh cinta pada seseorang itu kerana agamanya, InsyaAllah kebahagiaan akan berpanjangan mengikut kehendakNya...

memang x dinafikan... bile saye perhatikan, artis2 yang kawin kat Malaysia ni, suke sgt bercerai-berai... punca? sebab minat kat artis lain pulak... sbb nafsu itu tak dikawal... dibiarkan Syaitan berbisik di hati untuk memikat orang2 yang cantik2, yang kaya2, yang bergaya tapi tidak kerana agama...

emmmm... tapi Allah telah menjanjikan orang2 yang baik2 itu akan mendapat jodoh yang baik2 juga... so, jadilah orang yang baik2... berdoa la pada Allah agar dibuka pintu hati lelaki/wanita yang baik2 itu agar boleh menerima kita... bila kita kembali pada Allah, nescaya Allah akan membantu kita... amin...~

so, sekarang aku mau berubah...!!! sape soleh dapat solehah...!!! gambate...!

No comments:

Post a Comment