Sunday 28 November 2010

I will change...!!!

Someone told me “tak semua yang kita mahu tu kita akan dapat”. This phrase really encourages me to stop mengharap dari orang yang aku betul2 suka. N after watching movie korea ‘You’re Beautiful’, aku sedar yang cinta aku takkan terbalas sbb perempuan yang aku suka tu tak pernah datang pada aku. Dalam cerita tu mengatakan bahawa kalau kita kejar seseorang itu, maka kita betul2 sukakannya tapi jika dia semakin jauh atau tidak mengejar kita, maka orang itu tidak sukakan kita. Dalam kes aku, aku yang sibuk mengejar. Tapi orang tu setapak pun x berganjak. So, it really meant for something. That is, she really doesn’t like me. Tiada guna memaksa, dan tiada guna mengharap simpati. Lagipun dah ramai perempuan yang menangis dan kecewa berpunca dari aku. Sebab apa? Sebab aku xleh lupakan perempuan tu. Aku dah pernah clash, aku dah pernah berhenti memberi harapan kepada perempuan lain hanya kerana aku xleh lupakan perempuan yang aku tergila2kan tuh. So, I’m gonna stop all this S**T! Nekad! Yeargh! In less than 1 month time, I will be in a new world. Dunia kerjaya. Dalam dunia ini yang menentukan sama ada kita berjaya dalam hidup atau tidak. N if aku masih lagi terkial2 lagi macam budak2, mengharap cinta dibalas, maka aku akan gagal. Rilek ar brader, perempuan kat Malaysia ni ramai. Asalkan kita ada harta, ada duit, hidup dengan senang, maka senang perempuan nak terima kita. Cakap je nak sape, mesti dapat. Memang ade pepatah mengatakan, “duit itu bukan segala-galanya”. Tapi dengan duit, dengan harta, kita boleh kecapi bahagia yang lebih baik dari orang yang susah. Dengan duit, kita boleh melakukan ibadah yang lebih banyak dan lebih besar ganjarannya. Dengan duit, kita boleh membantu orang yang susah. Dengan duit, kita boleh jadi hamba Allah yang bersyukur dengan nikmat yang diberi. (sbb orang susah, suka menyalahkan Tuhan diatas penderitaan yang menimpa mereka)

So, I wanna be something else… not as a childish boy anymore. I must be energetic! I will face the world! I will compete against human race! I already deleted the jiwang2 post coz i dont need it anymore!!! Leave every S**T behind! Move on! Yeargh…!!!

Monday 15 November 2010

Lagu Korea yg bleh wat aku rase nak nanges...~



layan... best sgt2 lagu nie... rase cm nak hold to somebody that i love... hmmm...~

Wednesday 10 November 2010

Cinta dan Syaitan

ade la terbaca dari artikel mane ntah dah x ingat tapi nak kongsi dengan semua orang tentang cinta dan syaitan. bile sebut cinta ni, indah jer... ape yang terlintas bila kita fikir pasal cinta, mestilah cinta pada orang yang cantik2, yang lawa, bergaya, x mau lepas mata memandang sebab terpesona dengan kecantikan seseorang. tapi tahukah bahawa cinta sebegitu sebenarnye lahir dari hasutan Syaitan?

ha ade la artikel tu menyebut bahawa Syaitan la yang menaikkan nafsu kita pada benda2 yang cantik2, yang menarik2, yang ade kelas la katakan! emmm...

bile2 fikir2 balik, orang2 yang saye minat selama ni, semua cantik2 belaka... terpesona melihat kecantikan makhluk Allah yang ada pada wanita2 yang saya minat...
tapi saya x sedar bahawa terpesonanya saya ni kerana saye telah tertipu dengan nikmat dunia yang Allah telah berikan... iaitu kecantikan...

bila kita jatuh cinta pada seseorang itu kerana nafsu, belum tentu kebahagiaan rumah tangga itu akan kekal... tetapi jika kita jatuh cinta pada seseorang itu kerana agamanya, InsyaAllah kebahagiaan akan berpanjangan mengikut kehendakNya...

memang x dinafikan... bile saye perhatikan, artis2 yang kawin kat Malaysia ni, suke sgt bercerai-berai... punca? sebab minat kat artis lain pulak... sbb nafsu itu tak dikawal... dibiarkan Syaitan berbisik di hati untuk memikat orang2 yang cantik2, yang kaya2, yang bergaya tapi tidak kerana agama...

emmmm... tapi Allah telah menjanjikan orang2 yang baik2 itu akan mendapat jodoh yang baik2 juga... so, jadilah orang yang baik2... berdoa la pada Allah agar dibuka pintu hati lelaki/wanita yang baik2 itu agar boleh menerima kita... bila kita kembali pada Allah, nescaya Allah akan membantu kita... amin...~

so, sekarang aku mau berubah...!!! sape soleh dapat solehah...!!! gambate...!

Thursday 4 November 2010

Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.

JANGAN TAKUT KAHWIN AWAL!

Nota : Bagaimana seorang pelajar tahun akhir Universiti yang hampirbunuh diri kerana depresi setelah ditinggalkan kekasih mengubah kehidupannya 180 darjah menjadikannya insan yang paling bahagia di muka bumi ini dengan perkahwinan di usia awal. Berikut adalah coretan terus dari hati dan mata pena beliau tanpa sebarang editing…

Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar. Jadi, Mengapa berkahwin? Kalau ikut kata mak ayah, “Nak bagi bini makan apa? Pasir?”

Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami “declare”, untuk bersedia untuk berkahwin. Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk perempuan lain. Kecewa? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bunuh diri. Saya mengalami depression di maa saya disconnect dengan dunia luar.

Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang. Pada mulanya, saya ingat sekadar “cinta rebound”, tapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan, suami saya melamar untuk berkahwin. Pada mulanya, saya ingat satu gurauan. Akhirnya si dia berani call ayah saya, dan minta izin untuk berkahwin, kerana takut kehilangan saya lagi.

Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar, tahun 1 peringkat ijazah. Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya Cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian. Ayah saya bersetuju, dan memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali. Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.

Simple bukan? Kenapa perlu pening??? Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda. Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, rate hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak?

Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K. Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu, da bukan cara Islam. Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki? Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk Disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.

Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba satu. Hantaran, majlis, belum baju, pelamin. Tapi cuba fikir, perlu tidak? Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru. Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada? Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan. Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang.

“Seganlah. Nanti orang kata apa.” .. “Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran”. Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingatrukun nikah. Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama. Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah. Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500. Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang.

Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar? Harga lampin pakai buang? Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting? Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah. Pening!! Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.

Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram. Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dulu. Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal. Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri. Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama.

Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda. Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta. Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri. Buat apa menyusahkan suami? Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya),untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya.

Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima. Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda. Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda. Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.

Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa. Berkahwinlah! Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia.

Allah telah menentukan rezeki masing2 semsaa perut ibu lagi!!



sumber: syok.org
dapat artikel ni dari syok.org... yg post benda ni perempuan... saye memang setuju ar dengan pendapat die... huhu...~ so kepade perempuan2, jgn mahal sgt tau! haha...~

Monday 1 November 2010

Rambut baru aku...~





aku baru potong rambut lepas dah 2 bulan lebih x potong2... cm perempuan dah rmbut aku... so aku pun potong lah...~

bile dah potong, mak oi... pendekner rambut aku... aku pun decide nak buat rambut yang lain sket... so aku pun wat la rmbut punk ker an... ok gak kate mmber2 aku...
so, layankan saje...~ ha gmbar yang atas rambut baru, yang bawah ni rambut lame... hehe...~

MUFORS dari USIM...~



vote la untuk kitorang yek...!!! enjoy the show...~