Tuesday 19 March 2013

Boikot McDonalds?

Jack M. Greenberg adalah CEO McDonalds dari 1999 sehingga 2002... beliau dikatakan menjadi penyumbang dana kepada Israel utk persatuan Yahudi (as the 'director of the American-Israel Chamber of Commerce and Industry of Metropolitan Chicago' announced by Jews Community Online). so, bile org sebut pasal McDonalds sumbang kepada Yahudi, ianya berlaku diantara tahun 1999 sehingga tahun 2002 ketika Jack M. Greenberg berkuasa dlm McDonalds... tetapi dikhabarkan die menggunakan duit sndiri untuk menyumbang kepada Israel... namun pada masa yg sama, sejak Jack M. Greenberg memegang CEO McDonalds, saham McDonalds jatuh mendadak dari $42.5 billion kepada $22.8 billion... maka die pun menarik diri dari menjadi CEO McDonalds dan diganti dgn Jim Cantalupo... boleh tgk artikel tu di http://www.forbes.com/2002/12/05/cx_dd_1205greenberg.html ... so bak kata org melayu, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga... maka kerana perbuatan Jack M. Greenberg yg menyalurkan dana kepada Israel, maka rosaklah nama McDonalds di mata dunia kerana dituduh menjadi penyumbang utama kepada dana untuk membeli senjata peperangan untuk Yahudi di Israel... tetapi saya percaya McDonalds tidak lagi menyumbang apa2 dana selepas pengunduran Jack M. Greenberg dari McDonalds... saya cuba mencari apa2 artikel brkaitan dengan sumbangan yg dilakukan McDonalds selepas pengunduran Jack M. Greenberg tetapi tidak menjumpai apa2... so skrg kite x boleh nak kata McDonalds masih menyumbang kepada Yahudi kerana kite pun xtau mcm mane die pnyer penyata kewangan... so, nak boikot atau tidak? terpulang pada anda... sejujurnya, saya bekerja di McDonalds... sebagai seorang manager... sy bukan nak back-up McDonalds sbb saya bekerja di McDonalds tapi saya percaya McDonalds tidak lagi menyumbang kepada Israel... lagipula McDonalds di Malaysia ini secara majoritinya dimiliki oleh Golden Archers Restaurant Sdn. Bhd. (under Berjaya Group Bhd.) CEO nya adalah Tan Sri Dato Sri Vincent Tan yg merupakan rakyat Malaysia dan terdapat beberapa McDonalds lain yg dimiliki secara individu (franchisee)... saya masih meneruskan karier di McDonalds kerana suasana bekerjanya yg ceria dan menyeronokkan... jadi bila ada sesiapa nak boikot McDonalds, sy tidak akan menghalang mereka kerana masing2 ada pegangan dan pendapat masing2... jadi itu hak mereka untuk teruskan memboikot McDonalds... dan mengapa saya teruskan karier di McDonalds ialah kerana sy percaya pada sistem pengendalian makanan di McDonalds yg dijaga dgn sangat rapi dan dijamin halal dan berkualiti... semua daging2 lembu McDonalds diimport dari New Zealand dan proses penyembelihan lembu2 tersebut telah disahkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)... boleh tgk bagaimana McDonalds menjaga kualiti dagingnya dlm link ini http://www.youtube.com/watch?v=5HPnULHzJVc ... http://www.youtube.com/watch?v=tVA57Z7yxj8 jadi anda boleh menilai kualiti keselamatan daging McDonalds... terima kasih kerana membaca... anda berhak menentukannya... jika saya tersilap informasi, sila komen di bawah dan sertakan link untuk kita kongsi bersama... thanks!

No comments:

Post a Comment